Seruling Sakti
Pada zaman dahulu
terdapat sebuah pekan kecil yang sangat cantik terletak di kaki bukit. Pekan tersebut di kenali Hamelyn.
Penduduk di pekan tersebut hidup dengan aman damai, tetapi sikap mereka tidak
perihatin terhadap kebersihan. Pekan tersebut penuh dengan sampah sarap. Mereka
membuang sampah di merata-rata menyebabkan pekan tersebut menjadi tempat
pembiakan tikus. Semakin hari semakin banyak tikus membiak menyebabkan pekan
tersebut dipebuhi oleh tikus-tikus.
Tikus-tikus berkeliaran
dengan banyaknya dipekan tersebut. Setiap rumah tikus-tikus bergerak bebas
tanpa perasaan takut kepada manusia. Penduduk di pekan ini cuba membela kucing untuk menghalau tikus dan
ada diantara mereka memasang perangkap tetapi tidak berkesan kerana tikus
terlampau banyak. Mereka sungguh susah hati dan mati akal bagaimana untuk
menghapuskan tikus-tikus tersebut.
Musibah yang menimpa
pekan tersebut telah tersebar luas ke pekan-pekan lain sehinggalah pada suatu
hari seorang pemuda yang tidak dikenali datang ke pekan tersebut dan menawarkan
khidmatnya untuk menghalau semua tikus dengan syarat penduduk pekan tersebut
membayar upah atas kadar dua keping wang mas setiap orang. Penduduk di pekan
tersebut berbincang sesama mereka diatas tawaran pemuda tadi. Ada diatara mereka
tidak bersetuju oleh kerana mereka tidak sanggup untuk membayar upah yang
sangat mahal. Setelah berbincang dengan panjang lebar akhirnya mereka bersetuju
untuk membayar upah seperti yang diminta oleh pemuda itu kerana mereka tidak
mempunyai pilihan lain.
Keputusan tersebut
dimaklumkan kepada pemuda tadi, lalu dia mengeluarkan seruling sakti dan meniupnya. Bunyi yang keluar dari
seruling itu sangat merdu dan mengasik sesiapa yang mendengarnya. Tikus-tikus
yang berada dimerata tempat didalam pekan tersebut mula keluar dan berkumpul
mengelilinginya. Pemuda tadi berjalan perlahan-lahan sambil meniup seruling
sakti dan menuju ke sebatang sungai yang jauh dari pekan
tersebut. Apabila sampai ditepi sungai pemuda tadi terus masuk kedalamnya dan
diikuti oleh semua tikus.Tikus-tikus tadi tidak dapat berenang didalam sungai
dan semuanya mati lemas.
Kini pekan Hamelyn telah
bebas daripada serangan tikus dan penduduk bersorak dengan gembiranya. Apabila
pemuda tadi menuntut janjinya, penduduk tersebut enggan membayar upah yang
telah dijanjikan kerana mereka mengangap kerja yang dibuat oleh pemuda tadi
tidak sepadan dengan upah yang diminta kerana hanya dengan meniupkan seruling
sahaja. Pemuda tadi sangat marah lalu dia menuipkan seruling saktinya sekali
lagi. Irama yang keluar dari seruling itu sangat memikat hati kanak-kanak
menyebabkan semua kanak-kanak berkumpul di sekelilingnya. Satelah semua
kanak-kanak berkumpul pemuda tadi berjalan sambil meniupkan seruling dan
diikuti oleh semua kanak-kanak. Pemuda itu membawa kanak-kanak tersebut keluar
dari pekan Hamelyn. Setelah Ibu Bapa menyedari bahawa mereka akan kehilangan
anak-anak, mereka mulai merasa cemas kerana kanak-kanak telah meninggalkan
mereka dan mengikuti pemuda tadi. Mereka mengejar pemuda tadi dan merayu supaya
menghentikan daripada meniup seruling dan memulangkan kembali anak-anak mereka.
Merka sanggup memberi semua harta benda yamg ada asalkan pemuda tersebut
mengembalikan anak-anak mereka.
Rayuan penduduk tidak
diendahkan oleh pemuda tadi lalu mereka membawa kanak-kanak tersebut menuju
kesuatu tempat dan apabila mereka sampai disitu muncul sebuah gua dengan
tiba-tiba. Pemuda tadi mesuk ke dalam gua itu dan diikuti oleh kanak-kanak.
Setelah semuanya masuk tiba-tiba gua tersebut gaib dan hilang daripada pandangan
penduduk pekan tersebut. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa oleh kerana mereka
telah memungkiri janji yang mereka buat. Merka menyesal diatas perbuatan mereka
tetapi sudah terlambat. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.
Sehingga hari ini
penduduk pekan Hamelyn tidak melupakan kesilapan yang dilalukan oleh nenek
moyang mereka. Menepati janji adalah pegangan yang kuat diamalkan oleh penduduk
pekan Hamelyn sehingga hari ini.
Nama :
Muhammad Faiq Faqih Al Faruq
Kelas :
V A
Sekolah :
SDIT Al Khairaat
Tidak ada komentar:
Posting Komentar