Kali ini saya akan memberi tahu kalian tentang Syurga dan Ahlinya - Tanbihul Ghafilin
Abul Laits As-Samarqandi dalam kitab
beliau Tanbihul Ghafilin atau Peringatan Bagi Yang Lupa. Menceritakan perihal
Syurga.
Abul-Laits
meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Ya
Rasullullah, dari apakah dibuat syurga itu?" Jawab Nabi Muhammad
s.a.w.: "Dari air." Kami bertanya: "Beritakan tentang bangunan
syurga." Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Satu bata dari emas dan
satu bata dari perak, dan lantainya kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari
za'faran, kerikilnya mutiara dan yakut, siapa yang masuk dalamnya senang tidak
susah, kekal tidak mati, tidak lapuk pakaiannya, tidak berubah mukanya."
Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tiga macam doa yang tidak akan
tertolak: Imam (pemimpin, hakim) yang adil, dan orang puasa ketika berbuka dan
orang yang teraniaya, maka doanya terangkat diatas awan, dilihat oleh Tuhan
lalu berfirman: "Demi kemuliaan dan kesabaranKu, Aku akan bela padamu
walau hanya menanti masanya."
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda: " Sesungguhnya didalam syurga ada pohon besar
sehingga seorang yang berkenderaan dapat berjalan dibawah naungannya selama
seratus tahun tidak putus naungannya, bacalah: Wa dhillin mamdud (Yang
bermaksud) Dan naungan yang memanjang terus. Dan didalam syurga kesenangannya
yang tidak pernah dilihat mata atau didengar oleh telinga, bahkan tidak pernah
terlintas dalam hati (perasaan) manusia. Bacalah kamu: Fala ta'lamu nafsun maa
ukh fia lahum min qurrati a'yunin jazza'an bima kanu ya'malun (Yang bermaksud)
Maka tidak seorang pun yang mengetahui apa yang tersembunyi bagi mereka dari
kesenangan yang memuaskan hari sebagai pembalasan apa yang telah mereka
lakukan. Dan tempat pecut didalam syurga lebih baik dari dunia siisinya.
Bacalah ayat: Faman zuhziha aninnari wa udkhillal jannata faqad faza (Yang
bermaksud) Maka siapa dijauhkan dari api dan dimasukkan dalam syurga bererti
telah untung."
Ibn Abbas r.a. berkata: "Sesungguhnya didalam syurga ada bidadari yang
dijadikan dari empat macam iaitu misik, ambar, kafur dan za'faran, sedang
tanahnya dicampur dengan air hidup (hayawan), dan setelah dijadikan maka semua
bidadari asyik kepadanya, andaikan ia berludah dalam laut tentu menjadi tawar
airnya, tercantum dilehernya(barangkali seperti kalung atau lokek): Siapa yang
ingin mendapat isteri seperti aku, maka hendaklah taat kepada Tuhanku."
Mujahid berkata: "Bumi syurga dari perak, dan tanahnya dari misik, dan
urat-urat pohonnya dari perak, sedang dahannya dari mutiara dan zabarjad,
sedang daun dan buahnya dibawah itu, maka siapa yang makan sambil berdiri tidak
sukar, dengan duduk juga tidak sukar, dan sambil berbaring juga tidak sukar,
kemudian membaca ayat: Wa dzulillat quthufuha tadzlila. (Yang bermaksud) Dan
dimudahkan buah-buahnya sehingga semudah-mudahnya. Sehingga dapat dicapai oleh
orang yang berdiri maupun yang duduk dan berbaring.
Abu hurairah r.a. berkata: "Demi Allah yang menurunkan kitab pada Nabi
Muhammad s.a.w. Sesungguhnya ahli syurga tiap saat bertambah elok cantiknya,
sebagaimana dahulu didunia bertambah tua."
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Shuhaib r.a. berkata: "Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Apabila ahli syurga telah masuk
kesyurga dan ahli neraka telah masuk keneraka, maka ada seruan: Hai ahli
syurga, Allah akan menepati janji-Nya kepada kamu. Mereka berkata: "Apakah
itu, tidakkah telah memberatkan timbangan amal kami dan memutihkan wajah kami
dan memasukkan kami kedalam syurga dan menghindarkan kami dari neraka. Maka
Allah membukakan bagi mereka hijab sehingga mereka dapat melihatNya, demi Allah
yang jiwaku ada ditanganNya belum pernah mereka diberi sesuatu yang lebih
senang daripada melihat zat Allah."
Anas bin Malik r.a. berkata: "Jibril datang kepada Nabi Muhammad s.a.w.
membawa cermin putih yang ditengahnya ada titik hitam, maka Nabi Muhammad
s.a.w. bertanya kepada Jibril: "Apakah cermin yang putih ini?"
Jawabnya: "Ini hari Jumaat dan titik hitam ini saat mustajab yang ada
dihari Jumaat, telah dikurniakan untuk mu dan untuk ummat mu, sehingga
ummat-ummat yang sebelumnya berada dibelakangmu, iaitu Yahudi dan Nashara
(kristian) dan saat dihari Jumaat, jika seorang mukmin bertepatan berdoa untuk
kebaikan pada saat itu pasti ia akan diterima oleh Allah, atau berlindung
kepada Allah dari suatu bahaya, pasti akan dihindarkannya, dan hari Jumaat
dikalangan kami (Malaikat) dinamakan Yaumal Mazid (hari tambahan)."
Nabi Muhammad s.a.w. bertanya lagi: "Apakah Yaumal Mazid itu?" Jawab
Jibril: "Tuhan telah membuat lembah disyurga Jannatul Firdaus,
disana ada anak bukit dari misik kasturi dan pada tiap-tiap hari Jumaat disana
disediakan mimbar-minbar dari nur (cahaya) yang diduduki oleh para Nabi, dan
ada mimbar-mimbar dari emas bertaburan permata yaqut dan zabarjada diduduki
para siddiqin, suhada dan solihin, sedang orang-orang ahli ghurof (yang dibilik
syurga) berada dibelakang mereka diatas bukit kecil itu berkumpul menghadap
kepada Tuhan untuk memuja muji kepada Allah, lalu Allah berfirman:
"Mintalah kepadaKu." Maka semua minta (Kami mohon keridhaanMu) Jawab
Allah:"Aku telah redho kepadamu, keridhoan sehingga kamu Aku tempatkan
dirumahKu dan Aku muliakan kamu." Kemudian Allah menampakkan kepada mereka
sehingga mereka dapat melihat zatNya, maka tidak ada hari yang mereka suka
sebagaimana hari Jumaat kerana mereka merasa bertambahnya kemuliaan dan
kehormatan mereka.
Dalam lain riwayat: Allah menyuruh kepada Malaikat: "Berikan makan kepada
para waliKu.", maka dihidangkan berbagai makanan maka terasa pada tiap
suap rasa yang lain dari semuanya, bahkan lebih lazat sehingga bila selesai
makan, diperintahkan oleh Allah: "Berikan minum kepada
hamba-hambaKu." maka diberi minum yang dapat dirasakan kelazatannya pada
tiap teguk dan ketika telah selesai maka Tuhan berfirman: "Akulah Tuhanmu
telah menepati apa yang Aku janjikan kepadamu dan kini kamu boleh minta,
nescaya Aku berikan permintaanmu." Jawab mereka: "Kami minta ridhoMu.
kami minta ridhoMu." dua tiga kali. Dijawab oleh Allah: "Aku ridho
kepadamu bahkan masih ada tambahan lagi daripadaKu, pada hari ini Aku muliakan
kamu dengan penghormatan yang terbesar dari semua yang telah kamu terima."
Maka dibukakan hijab sehingga mereka dapat melihat dzat Allah yang Maha Mulia
sekehendak Allah, maka segera mereka bersujud kepada Allah sekehendak Allah
sehingga Allah menyuruh mereka: "Angkatlah kepalamu sebab kini bukan masa
beribadat." Maka disitu mereka lupa pada nikmat-nikmat yang sebelumnya dan
terasa benar bahawa tidak ada nikmat lebih besar daripada melihat dzat Allah yang
Maha Mulia. Kemudian mereka kembali maka semerbak bau harum dari bawah Arsy
dari bukit kasturi yang putih dan ditaburkan diatas kepala mereka, diatas
ubun-ubun kuda mereka, maka apabila mereka kembali kepada
isteri-isterinya terlihat bertambah indah lebih dari semula ketika mereka
meninggalkan mereka sehingga isteri-isteri mereka berkata: "Kamu kini
lebih elok dari yang biasa."
Abul-Laits berkata: "Terbuka hijab, bererti hijab yang menutupi mereka
untuk melihat-Nya. Dan erti melihat kepadaNya iaitu melihat kebesaran yang
belum pernah terlihat sebelumnya tetapi kebanyakkan ahli ilmu mengertikan:
Melihat dzat Allah tanpa perumpamaan."
Ikrimah berkata: "Ketangkasan ahli syurga bagaikan orang berumur 33 tahun
lelaki dan perempuan sama-sama, sedang tingginya enam puluh hasta, setinggi
nabi Adam a.s. muda-mudi yang masih bersih halus tidak berjanggut, bola
matanya, memakai tujuh puluh macam perhiasan, yang berubah warnanya tiap-tiap
jam, tujuh puluh macam warna, maka dapat melihat mukanya dimuka isterinya,
demikian pula didadanya, dibetisnya, demikian pula isterinya dapat melihat
wajahnya diwajah suaminya, didada dan dibetisnya, mereka tidak berludah dan
tidak beringus, lebih-lebih yang lebih kotor, maka lebih jauh."
Dalam lain riwayat: "Andaikan seorang wanita syurga menunjukkan tapak
tangannya dari langit nescaya akan menerangi antara langit dan bumi."
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya Zaid bin Arqam r.a. berkata:
"Seorang ahlil kitab datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan bertanya:
"Ya Abal-Qasim, apakah kau nyatakan bahawa orang syurga itu makan dan
minum?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Ya, demi Allah yang jiwa
Muhammad ada ditanganNya, seorang ahli syurga diberi kekuatan seratus orang
dalam makan, minum dan jima (bersetubuh)." Dia berkata: "Sedang orang
yang makan, minum ia lazimnya berhajat, sedang syurga itu bersih tidak ada
kekotoran? Jawab Nabi Muhammad s.a.w. : "Hajat seseorang itu berupa peluh
yang berbau harum bagaikan kasturi."
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Mu'tah bin Sumai mengenai firman
Allah s.w.t.: "Thuba lahum wa husnu ma ab."
Thuba ialah pohon pokok disyurga yang dahannya dapat menaungi tiap rumah
disyurga, didalamnya berbagai macam buah dan dihinggapi burung-burung besar
sehingga bila seorang ingin memakan burung dapat memanggilnya dan segera jatuh
diatas meja makannya, dan dapat makan sayap yang sebelah berupa dinding(kukus,
sup terlebih kurang serupa) dan yang lain berupa panggangan, kemudian bila
telah selesai ia terbang kembali."
Dari Al'amasy dari Abu Salih dari Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi Muhammad
s.a.w. yang bermaksud: "Rombongan pertama akan masuk syurga dari ummatku
bagaikan bulan purnama, kemudian yang berikutnya bagaikan bintang yang amat
terang dilangit, kemudian sesudah itu menurut tingkatnya masing-masing, mereka
tidak kencing dan buang air, tidak berludah dan tidak ingus, sisir rambut
mereka dari emas dan ukup-ukup mereka dari kayu gahru yang harum dan peluh
mereka kasturi dan bentuk mereka seperti seorang yang tingginya bagaikan Adam
a.s. enam puluh hasta."
Ibn Abbas r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya
ahli syurga itu muda semua, polos, halus, tidak ada rambut kecuali dikepala,
alis dan idep (dikelopak mata), sedang janggut, kumis, ketiak dan kemaluan
polos tidak ada rambut, tinggi mereka setinggi Nabi Adam a.s. enam puluh hasta,
usianya bagaikan Nabi Isa a.s 33 tahun, putih rupanya, hijau pakaiannya,
dihidangkan kepada mereka hidangan, maka datang burung dan berkata: "Hai
waliyullah, saya telah minum dari sumber salsabil dan makan dari kebun syurga
dan buah-buahan, rasanya sebelah badanku masakan dan yang sebelahnya gorengan,
maka dimakan oleh orang itu sekuatnya."
Dan tiap orang wali mendapat tujuh puluh perhiasan, tiap perhiasan berbeza
warna dengan yang lain, sedang jari-jarinya ada sepuluh cincin, terukir pada
yang pertama: Salam alaikum bima shobartum, dan yang kedua: Ud khuluha
bisalamin aminin, yang ketiga : Tilkal janatullati urits tumu ha bima kuntum
ta'malun, yang keempat: Rufi'at ankumul ahzana wal humum, yang kelima:
Albasakum alhuli wal hulal, yang keenam Zawwa jakum ul hurul iin, yang ketujuh:
Walakum fihamatasy tahihil anfusu wa taladzzul a'yun wa antum fiha khalidun,
yang kelapan: Rafaq tumunnabiyina wassiddiqin, yang kesembilan: Shirtum syababa
laa tahromun dan yang kesepuluh: Sakantum fi jiwari man laa yu'dzil jiran."
Ertinya:
1.
Salam alaikum bima shobartum
(Selamat sejahtera kamu kerana kesabaran kamu)
2.
Ud khuluha bisalamin aminin (Masuklah kesyurga dengan selamat dan aman)
3.Tilkal
janatullati urits tumu ha bima kuntum ta'malun (Itulah syurga yang diwariskan kepadamu
kerana amal perbuatanmu)
4.
Rufi'at ankumul ahzana wal humum ( Telah dihindarkan dari kamu semua
risau dan dukacita)
5.
Albasakum alhuli wal hulal (Kami berimu pakaian dan perhiasan)
6.
Zawwa jakum ul hurul iin (Kami kahwinkan kamu dengan bidadari)
7.
Walakum fihamatasy tahihil anfusu wa taladzzul a'yun wa antum fiha khalidun
(Untuk mu dalam syurga segala keinginan dan menyenangkan pandangan matamu.)
8.
Rafaq tumunnabiyina wassiddiqin (Kamu telah berkumpul dengan para Nabi dan
Siddiqin)
9.
hirtum syababa laa tahromun (Kamu menjadi muda dan tidak tua
selamanya)
10.
Sakantum fi jiwari man laa yu'dzil jiran (Kamu tinggal dengan tetangga
yang tidak mengganggu tetangganya.)
Abul-Laits berkata: "Siapa yang ingin mendapat kehormatan
itu hendaklah menepati lima perkara ini iaitu:
1. Menahan dari maksiat kerana firman Allah s.w.t.: "Wa nahannafsa anil
hawa fainnal jannat hiyal ma'wa yang bermaksud "Dan menahan nasfu dari
maksiat maka syurga tempatnya."
2. Rela dengan pemberian yang sederhana sebab tersebut dalam hadis: "Harga
syurga itu ialah tidak rakus pada dunia."
3. Rajin pada tiap taat dan semua amal kebaikan sebab kemungkinan amal itu yang
menyebabkan pengampunan dan masuk syurga seperti firman Allah s.w.t. : "Itu
syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu."
4. Cinta pada orang-orang yang soleh dan bergaul dengan mereka sebab mereka
diharapkan syafa'atnya sebagaimana dalam hadis: "Perbanyaklah kawan kerana
tiap kawan itu ada syafa'atnya pada hari kiamat."
5. Memperbanyakkan doa dan minta masuk syurga dan husnul khotimah.
Sebagaimana ahli hikmah berkata: "Condong kepada dunia setelah mengetahui
pahala bererti satu kebodohan dan tidak bersungguh-sungguh beramal setelah mengetahui
besarnya pahala bererti lemah malas dan di syurga ada masa istirehat tidak
dapat dirasakan kecuali oleh orang yang tidak pernah istirehat didunia dan ada
kepuasan yang tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang meninggalkan
berlebihan didunia, dan cukup dengan kesederhanaan yang ada didunia.
Ada seorang zahid makan sayur dan garam, lalu ditegur oleh orang: "Kamu
cukup dengan itu tanpa roti?" Jawabnya: Saya jadikan makanan ini untuk
syurga sedang kau jadikan untuk w.c, kau makan segala yang lazat dan akhirnya
ke w.c, sedang saya makan sekadar untuk menguatkan taat, semoga saya sampai
kesyurga."
Ibrahim bin Adham ketika masuk ketempat permandian dilarang oleh penjaganya:
"Jangan masuk kecuali jika membayar wangnya." Maka ia menangis dan
berdoa: "Ya Allah, seorang untuk masuk kerumah syaitan tidak diizinkan
tanpa wang, maka bagaimana saya akan masuk ketempat para Nabi dan Siddiqin
tanpa upah?"
Tersebut
dalam wahyu yang diturunkan pada sebahagian para Nabi itu: "hai Anak Adam,
kau membeli neraka dengan harga mahal dan tidak mau membeli syurga dengan harga
murah." Ertinya: Adakalanya pengeluaran untuk maksiat itu banyak dan
ringan, tetapi untuk sedekah kebaikan sedikit dan berat."
Abu Hazim berkata: "Andaikata syurga itu tidak dapat dicapai kecuali
dengan meninggalkan kesukaannya didunia, nescaya itu ringan dan sedikit untuk
mendapat syurga, dan andaikan neraka itu tidak dapat dihindari kecuali dengan
menanggung semua kesukaran-kesukaran dunia, niscaya itu ringan dan sedikit
disamping keselamatan dineraka. Padahal kamu dapat masuk dan selamat dari
neraka dengan sabar menderita satu peratus dari kesukaran."
Yahya bin Mu'adz Arrazi berkata: "Meninggalkan dunia berat tetapi
meninggalkan syurga lebih berat, sedang maharnya syurga ialah meninggalkan
dunia."
Anas bin Malik r.a berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Siapa
yang minta kepada Allah syurga sampai tiga kali, maka syurga berdoa: "Ya
Allah, masukkan ia kesyurga" dan siapa berlindung kepada Allah dari neraka
tiga kali maka neraka berdoa: "Ya Allah, hindarkan ia dari neraka."
Semoga Allah s.w.t. menghindarkan kami dari neraka dan memasukkan kami kedalam
syurga. Dan andaikan didalam syurga itu tidak ada apa-apa kecuali bertemu
dengan kawan-kawan nescaya itu sudah enak dan baik, maka bagaimana padahal
disyurga itu segala kehormatan dan kepuasan itu semua ada.
Anas bin Malik r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Didalam
syurga ada pasar tetapi tidak ada jual beli, hanya orang-orang berkumpul
membicarakan keadaan ketika didunia, dan cara beribadat, bagaimana keadaan
antara si fakir dengan si kaya, dan bagaimana keadaan sesudah mati dan lama
binasa dalam kubur sehingga sampai ke syurga."
Abul-laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata:
"Manusia semua akan berdiri didekat neraka, kemudian mereka menyeberang
diatas sirat (jambatan) diatas neraka, masing-masing menurut amal perbuatannya,
ada yang menyeberang bagaikan kilat, ada yang bagaikan angin kencang, ada yang
bagaikan kuda yang cepat larinya, dan seperti lari orang, dan ada yang bagaikan
terbang burung, dan ada yang seperti unta yang cepat dan yang akhir berjalan
diatas kedua ibu jari kakinya, kemudian tersungkur dalam neraka dan sirat itu
licin, halus, tipis, tajam semacam pedang, berduri sedang dikanan kirinya
Malaikat yang membawa bantolan(seperti cemeti yang bercangkuk-cangkuk)
untuk membantol (menyeret) orang-orang, maka ada yang selamat, ada yang
luka-luka tetapi masih selamat dan ada yang langsung tersungkur kedalam api
neraka, sedang para Malaikat itu sama-sama berdoa: "Robbi sallim saliim"
(Ya Tuhan, selamatkan, selamatkan) dan ada orang yang berjalan sebagai orang
yang terakhir masuk kesyurga, maka ia selamat dari sirat, terbuka baginya pintu
syurga dan merasa tidak ada tempat baginya disyurga, sehingga dia berdoa:
"Ya Tuhan, tempat saya disini." Jawab Tuhan: "Kemungkinan jika
Aku beri kamu tempat ini lalu minta yang lainnya." Jawabnya: "Tidak,
demi kemuliaanMu." Maka ditempatkan disitu, kemudian diperlihatkan
kepadanya tempat yang lebih baik, sehingga dia merasakan kerendahan tempat yang
diberikan kepadanya, lalu ia berkata: "Ya Tuhan, tempatkanlah aku
disitu." Dijawab oleh Tuhan: "Kemungkinan jika Aku beri kamu tempat
ini lalu minta yang lainnya." Jawabnya: "Tidak, demi
kemuliaanMu." kemudian diperlihatkan kepadanya syurga yang lebih baik,
sehingga ia merasa bahawa tempatnya masih rendah, tetapi ia diam tidak berani
minta beberapa lama sehingga ditanya: "Apakah kau tidak minta?"
Jawabnya: "Saya sudah minta sehingga merasa malu." Maka firman Allah
s.w.t.: "Untukmu sebesar dunia sepuluh kali, maka inilah yang terendah
tempat disyurga."
Abdullah bin Mas'ud berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. jika menceritakan ini
maka tertawa sehingga terlihat gigi gerahamnya."
Dalam hadis: "Diantara wanita-wanita didunia ini ada yang kecantikannya
melebihi dari bidadari kerana amal perbuatannya ketika didunia."
Firman
Allah s.w.t.: "Inna ansya'nahunna insya'a, fija'alnahunna abkara uruban
atraba li ash habil yamin." yang bermaksud: "Kami cipta mereka baru
dan Kami jadikan mereka tetap gadis yang sangat kasih dan cinta, juga tetap
sebaya umurnya, untuk orang-orang ahlil yamin."